Senin, 28 November 2011

Rambutan

 

clip_image001Nama rambutan (Nephelium lappaceum ) berasal daripada perkataan Melayu iaitu rambut. Kulit rambutan ditumbuhi banyak rerambut sebab itu ia dinamakan rambutan. Kulit ini akan menjadi warna merah atau kuning apabila masak. Buah rambutan biasanya berbentuk bulat atau bujur dan bergugus-gugus. Kulit ini mudah dipisahkan daripada isi. Isi rambutan pejal, putih dan lut cahaya, manis dan berjus. Varieti terpilih mempunyai isi yang tidak melekat pada kulit biji.

Pokok rambutan mempunyai silara yang rimbun yang boleh mencapai ketinggian sehingga 2 m. Di kawasan tropika ia hidup subur di tanah lom berpasir yang kaya dengan bahan organik. Pokok cantuman mula berbuah selepas 2-3 tahun ditanam, dan mencapai pengeluaran yang optimum selepas 8-10 tahun. Rambutan didebungakan oleh serangga terutamanya lebah madu. Rambutan bermusim, dengan dua musim utama iaitu pada bulan Julai hingga Ogos dan November hingga Mac.

Di Malaysia rambutan ditanam terutamanya di negeri Perak, Kedah dan Kelantan.

Selain dimakan segar, rambutan boleh ditinkan sebagai koktel buah-buahan atau dibuat jem.

Nama saintifik
Nepthelium lappaceum

Nama tempatan
Bahasa Inggeris : Rambutan
Bahasa Melayu : Rambutan
Mandarin : Hongmaodan
Tamil : Rambutan
Indonesia : Rambutan
Tagalog (Philippines): Rambutan
Thai : Ngoh
Vietnam : Choâm choâm
Myanmar: Ser mon, Chle sao mao

Variety

Terdapat 62 varieti rambutan yang telah didaftarkan, tetapi hanya 6 varieti rambutan merah (R 99, R 134, R 162, R 170, R 191 dan R 193) dan satu varieti kuning (R 156) disyorkan untuk penanaman secara komersial.

R 99 (Gambar 1) ialah klon yang cergas, boleh mencapai ketinggian sehingga 7 m. Berat buah lebih kurang 25 g, berbentuk bujur berkulit merah. Isi buah tebal – perolehan lebih kurang 45%, kering, rangup, manis dengan jumlah pepejal larut (JPL) 19%.

clip_image002

Gambar 1 : Rambutan klon R99

R 134 (Gambar 2) juga klon yang cergas tetapi lebih kecil daripada R 99. Pokoknya boleh mencapai ketinggian sehingga 6 m dengan silara yang merimbun lebarnya hampir sama dengan tinggi pokok. Berat buah lebih kurang 30 g, bentuknya hampir bulat. Kulitnya merah dengan rerambut berwarna hijau. Perolehan isi lebih kurang 40%. Isinya manis (JPL 21%), pejal dan berjus.

clip_image003

Gambutan 2: Rambutan klon R134

R 156 atau Muar Gading (Gambar 3) ialah klon yang agak cergas juga, tingginya sehingga 6-7 m. Bentuk buah bulat dan berwarna kuning. Berat buah lebih kurang 37 g. Isinya tebal dengan perolehan sebanyak 57% , berjus, pejal dan manis (JPL 22%).

clip_image004

Gambutan 3: Rambutan klon R156

R 162 atau Ong Heok (Gambar 4) ialah klon pilihan tempatan dari Pulau Pinang. Pokok ini juga cergas dengan kanopi yang bulat dan ketinggian pokok lebih 7 m. Buahnya besar dengan purata berat 36 g. Isinya tebal, pejal, kering dan manis. Perolehan isi dan JPL masing-masingnya lebih kurang 54% dan 22%.

clip_image005

Gambar 4: Rambutan klon 162

R 170 atau Deli Cheng (Gambar 5) ialah klon yang cergas, boleh mencapai ketinggian sehingga 7 m. Buahnya berbentuk bujur. Kulit merah dengan rerambut yang panjang. Berat buah lebih kurang 38 g. Isinya kering dan manis (JPL 20%). Perolehan isi sebanyak 40%. Biji mudah ditanggalkan dari isi.

clip_image006

Gambar 5: Rambutan klon R170

R 191 atau Anak Sekolah (Gambar 6) ialah klon yang paling popular di Thailand, berasal daripada biji benih dari Pulau Pinang, Malaysia. Pokoknya bersaiz sederhana kecil. Buahnya berbentuk ovoid hampir bulat dengan kulit merah dan rerambut hijau. Berat buah lebih kurang 30 g. Perolehan isi agak tinggi lebih kurang 50% dan manis (JPL 18%). Isinya pejal dan berjus sederhana.

clip_image007

Gambar 6: Rambutan klon R191

R 193 atau Deli Baling (Gambar 7) ialah klon paling akhir yang didaftarkan pada tahun 1991. Klon ini ditanam di kawasan Baling, Kedah. Ia tumbuh subur, dengan ketinggian mencapai 6 m. Buahnya bulat. Kulit merah dengan rerambut yang panjang. Beratnya lebih kurang 35 g. Isinya manis (JPL 20%) dengan perolehan sebanyak 42%.

clip_image008

Gambar 7: Rambutan klon 193

Biologi

Keterangan botani

clip_image009Pokok rambutan bersaiz sederhana, 15-25 m tinggi, mempunyai batang yang tegak sehingga 60 cm lebar dan silaranya melebar dan padat.

Daunnya yang malar hijau tersusun berselang, agak keras, daripada warna hijau kekuning-kuningan hingga ke warna hijau gelap dan agak lapuk sedikit di permukaan daun.

Bunga rambutan kecil-kecil (lebar 0.5 cm), bertangkai panjang di hujung ranting. Pada satu tangkai terdapat banyak bunga. Bunga ini tiada petal tetapi mempunyai 4-6 sepal dan berbulu. Di Malaysia rambutan berbunga dari bulan Mac hingga Julai dan sekali lagi antara Julai dan November, biasanya pada musim hujan selepas tempoh kering. Kebanyakan bunganya kembang pada waktu pagi (tetapi tidak semua). Sehingga 100 kuntum bagi setiap tangkai bunga betina berkembang setiap hari semasa kemuncak pembungaan. Pada peringkat permulaan berputik, keguguran putik dianggarkan sebanyak 25%, tetapi aras keguguran yang lebih tinggi menyebabkan aras pengeluaran yang lebih rendah (1-3%).

clip_image010Buah rambutan tergantung pada tangkai buah yang keras di luar kanopi pokok. Biasanya buah ini lebat di tangkai. Buahnya lebih kurang 5 cm panjang, berbentuk bulat hingga bujur dan mempunyai rerambut atau tuberkel pada kulitnya. Buah yang belum masak berwarna hijau, yang berubah menjadi kuning atau merah apabila masak. Kulitnya nipis dan mudah dikupas dan tidak melekat pada isi. Isi buah pejal, putih dan lut cahaya. Rasanya manis dan berjus. Kebanyakan pokok rambutan yang dibiakkan dengan menggunakan biji benih tidak menepati jenis dan biasanya rasanya masam. Pokok rambutan jantan biasa didapati. Pokok rambutan menghasilkan jumlah buah yang agak kurang sedikit pada bulan Jun hingga Julai tetapi hasilnya banyak pada bulan November hingga Januari. Klon terpilih mengeluarkan buah yang isinya pejal, tebal dan manis rasanya.

Pertumbuhan dan pembentukan
Pokok rambutan dibiakkan secara cantuman, tut dan cantuman mata tunas. Cantuman mata tunas paling popular kerana pokok yang dibiakkan dengan menggunakan biji benih akan menghasilkan buah yang masam. Pokok cantuman mata tunas berbuah selepas 2-3 tahun ditanam dengan pengeluaran yang optimum berlaku selepas 8-10 tahun. Pokok yang tumbuh daripada biji benih berbuah selepas 5-6 tahun ditanam. Buah matang 15-18 minggu selepas berbunga.

Ekologi
Pokok rambutan tumbuh subur di kawasan 1,600 kaki sehingga 1,800 kaki (500-600 m) dari aras laut, iaitu di kawasan lembap tropika yang mempunyai taburan hujan yang sekata. Musim kering tidak boleh melebihi 3 bulan. Hidupnya paling subur di tanah dalam, lom lempung atau lom berpasir yang kaya dengan bahan organik atau di tanah gambut yang dalam. Ia memerlukan saliran yang baik.

Asal dan sejarah

clip_image011Pokok rambutan ialah tumbuhan semula jadi Malaysia. Ia ditanam di seluruh Kepulauan Asia Tenggara. Bertahun-tahun yang lalu pedagang Arab telah memperkenalkan rambutan ke Zanzibar dan Pemba. Tanaman rambutan tidak banyak di India dan Surinam. Begitu juga dengan tanah rendah pantai di Colombia, Ecuador, Honduras, Costa Rica, Trinidad dan Cuba. Terdapat sedikit sahaja buah rambutan yang dipasarkan di Costa Rica. Buah ini dibawa ke Filipina dari Indonesia pada tahun 1912.

Pokok rambutan hidup dengan baik di tanah rendah tropika lembap (pada 600 m dari aras laut), di dalam lingkungan 17° dari Khatulistiwa dan jumlah hujan tahunannya melebihi 2,500 mm.

Penyebaran geografis

Senarai kawasan pengeluaran
Di Malaysia rambutan ditanam hampir di seluruh negara tetapi tumpuannya di Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu.

Keluasan penanaman rambutan di Semenanjung Malaysia,1999

Negeri

Keluasan (ha)

Kedah

2116

Kelantan

3522

Melaka

910

N. Sembilan

1369

Pahang

2233

Pulau Pinang

781

Perak

2220

Perlis

45

Selangor

863

Terengganu

2287

Jumlah

16346

Pemakanan

Komponen

Setiap 100 g yang boleh dimakan

Tenaga

59.0 kalori

Lembapan

84.7 g

Protein

0.7 g

Lemak

0.1 g

Karbohidrat

13.9 g

Serat

0.3 g

Abu

0.3 g

Kalsium

22.0 mg

Fosforus

30.0 mg

Ferum

2.5 mg

Tiamina

0.01 mg

Riboflavine

0.04 mg

Niasin

0.1 mg

Vitamin C

38.6 mg

Pemakaian / penggunaan

Kegunaan
Buah rambutan biasanya dimakan begitu sahaja selepas kulitnya dikupas atau memotong sekeliling kuit pada bahagian tengah buah dan pisahkan daripada isi. Kulit tidak melekat pada isi. Buah yang dikupas kadang-kadang dimasak untuk dijadikan pencuci mulut. Buah ini boleh ditinkan di dalam sirap tetapi tidak banyak. Di Malaysia rambutan jeruk dibuat dengan merebus buah yang dikupas untuk memisahkannya daripada biji. Selepas disejukkan isi diasingkan dan biji direbus lagi sehingga lembut. Selepas 20 minit isi tadi dicampurkan semula bersama-sama gula yang banyak dan dimasukkan 3 kuntum bunga cengkih sebelum bekas ditutup. Di Filipina, kadang-kadang biji rambutan dipanggang dan dimakan, walaupun ia beracun dalam keadaan mentah.

Kegunaan bukan makanan

Kegunaan perubatan: Buah rambutan dikatakan mempunyai ciri astringen, boleh merawat sakit perut dan mempunyai ciri sebagai ubat cacing. Air rebusan akarnya digunakan untuk merawat demam. Kulit sebagai astringen untuk merawat sakit lidah dan daun digunakan untuk mendemah kepala yang pening. Dinding buahnya mengandungi bahan toksik saponin. Namun, di Jawa ia dikeringkan dan digunakan sebagai ubat.

Kegunaan sebagai bahan pewarna : Pucuk muda digunakan sebagai bahan pewarna hijau untuk kain sutera yang sebelumnya diwarnakan kuning dengan menggunakan kunyit ( Curcuma longa L.; Malaysia: Kelantan, Pattani). Kulit nipis (selaput isi) digunakan bersama-sama dengan bahagian pokok yang lain yang kaya dengan tanin untuk mewarnakan sutera menjadi hitam selepas sutera tersebut diwarnakan dengan warna merah (Malaysia: Pekan). Daun dengan lumpur digunakan sebagai pewarna hitam yang tidak kekal.

Lemak biji : Kulit biji boleh diguna untuk menghasilkan ‘tallow' rambutan, sejenis lemak pepejal sama seperti mentega koko yang boleh dimakan dan digunakan untuk membuat sabun dan lilin. Apabila dipanaskan ia menjadi minyak kuning yang harum baunya. Asid lemaknya terdiri daripada palmitik, 2.0%; stearik, 13.8%; arakidik, 34.7%; oleik, 45.3%; dan erikosenoik, 4.2%. Gliserida tepu berjumlah 1.4%. Jika didapati dengan banyak minyak ini boleh digunakan untuk membuat sabun dan lilin.

Biji rambutan boleh dimakan (selepas dipanggang) tetapi rasanya pahit dan narkotik. Kayu rambutan sesuai untuk kerja-kerja pembinaan. Pokoknya cantik apabila berbuah.

Kayu : Pokok rambutan jarang ditebang. Namun, kayunya yang merah, putih kemerah-merahan atau keperang-perangan sesuai untuk pembinaan walaupun sukar terbelah kecuali jika betul-betul dikeringkan.

Kegunaan perubatan: Buah (yang muda) mempunyai ciri astringen, boleh merawat sakit perut, sebagai ubat cacing, ‘ febrifuge' dan dimakan bagi mengurangkan cirit-birit dan berak berdarah. Daunnya digunakan sebagi pupuk di dahi bagi menghilangkan sakit kepala. Di Malaysia kulit rambutan yang kering dijual di kedai ubat dan digunakan dalam pengubatan tempatan. Air rebusan kulit yang bersifat astringen digunakan untuk memulihkan penyakit‘thrush'. Air rebusan akar diminum sebagai ‘febrifuge”.

Ketoksikan
Terdapat kesan alkaloid di dalam biji rambutan. Testanya mengandungi saponin dan tanin. Bijinya pahit dan narkotik. Kulit buah juga dikatakan mengandungi saponin dan tanin.

Pembiakan
Masih banyak pokok rambutan yang ditanam daripada biji benih, tetapi untuk pengeluaran komersial kebanyakannya datang daripada pokok klon.

Biji rambutan yang dikeluarkan daripada buah dibasuh bersih dan disemai secara mendatar dengan bahagian yang leper menghadap ke bawah, supaya anak benih akan tumbuh tegak dan mempunyai sistem akar yang normal dan kuat. Biji benih akan bercambah dalam masa 9-25 hari dan yang bercambah awal menunjukkan ia anak pokok yang sihat. Kadar percambahan bagi biji benih yang berumur dua hari ialah 87-95%. Satu minggu selepas biji dikeluarkan daripada buah, percambahannya hanya tinggal 50-65%. Penjemuran selama 8 jam dan pengeringan dalam ketuhar pada suhu 30 ºC akan memusnahkan biji benih dalam masa satu minggu. Biji benih yang dibasuh akan kekal hidup dalam habuk papan atau arang batu yang lembap selama 3-4 minggu dan sebahagian daripadanya mula bercambah dalam penyimpanan. Jus daripada isi buah menghalang percambahan. Jadi, biji yang tidak dibasuh atau biji yang dirawat dengan jus buah ini boleh disimpan selama sebulan dalam habuk papan lembap dan tidak akan bercambah. Anak pokok rambutan berbuah dalam masa 5-6 tahun, tetapi nisbah pokok jantan kepada pokok betina rendah, kadang-kadang lebih 50% pokok ialah pokok jantan yang tidak akan berbuah.

Bagi menghasilkan pokok klon, kebanyakan tapak semaian menggunakan cantuman Forkert terubah suai, iaitu dengan menjadikan anak benih pokok sebagai pokok penanti. Biji benih dicambahkan. Anak benih ini disemai di batas semaian yang dijaga secara intensif di bawah naungan selama 2 bulan sebelum dipindahkan ke tapak semaian. Pokok penanti ini dicantum dalam masa setahun bagi merangsang pertumbuhan yang aktif. Kedua-dua pokok penanti dan mata tunas diberi air dan nitrogen sebelum dicantum. Kayu mata tunas dibuang daunnya 10-14 hari sebelum digunakan bagi mencetus pembentukan tunas aksil. Cantuman sebelum pembungaan perlu dielakkan kerana ia akan mengakibatkan banyak ‘flowering budlings'. Pokok cantuman berbunga 2.5-3 tahun selepas ditanam di ladang. Kebanyakan klon komersial bersifat hermafrodit mempunyai banyak bunga betina yang berfungsi dan sedikit bunga jantan yang berfungsi.

Orang yang suka berkebun di rumah kerap membiakkan pokok dengan mengetut tunas air. Pokok yang ditut mengeluarkan akar dengan baik, tetapi kerugian semasa mengasing dan membesarkannya di ladang agak tinggi. Mencantumkan anak pokok yang berakar pada cabang pokok induk sangat baik tetapi ia merupakan kerja pembiakan yang menjerihkan.

‘Marching' amat berkesan ke atas anak benih rambutan (N. mutabile ) atau pulasan ( N. intermedium ) yang berumur 5-9 bulan tetapi ia merupakan prosedur yang sukar. Selepas 2 atau 3 bulan, sion ditakik 3 kali selama 2 minggu dan kemudian dipotong daripada pokok induk.

Penanaman
Rambutan hidup dengan sangat baik di tanah yang dalam, lom liat atau tanah yang kaya dengan bahan organik, atau di tanah gambut yang dalam. Ia memerlukan saliran yang baik. Aras pH tanah yang baik ialah antara 4.5-6.5. Pada aras pH tanah yang lebih tinggi, pokok akan menghadapi masalah kekurangan ferum dan zink (klorosis dan penguningan daun).

Jarak penanaman yang disyorkan bagi pokok rambutan ialah 10 m x 10 m. Corak penanaman boleh jadi sistem segi empat atau segi tiga. Tanaman kepadatan tinggi boleh menggunakan sistem segi tiga. Jarak penanaman sebenar bergantung pada kesuburan gandingan pokok penanti-sion dan keadaan pertumbuhan (kedalaman tanah, pengairan). Jika pokok ditanam terlalu rapat, dalam masa beberapa tahun keadaan akan menjadi terlalu sesak dan pengeluaran akan terjejas dengan teruk. Dalam beberapa tahun di peringkat awal penanaman, penanaman selingan boleh dilakukan, tetapi ia perlu diikuti dengan penanaman tunggal. Pokok yang tumbuh daripada biji benih biasanya didapati di kebun rumah dan di tepi-tepi ladang. Dusun biasanya ditanam dengan pokok klon, sama ada pokok rambutan sahaja atau digandingkan dengan pokok durian (Durio zibethinus ) dan beberapa pokok langsat (Lansium domesticum ) atau pokok manggis (Garcinia mangostana ).

Anak benih yang subur ditanam dalam lubang yang berjarak 0.6m x 0.6m x 0.6m. Selepas menggali lubang, bahan organik bersama-sama baja fosfat dan kapur, masing-masingnya pada kadar 5-10 kg dan 0.5 kg digaulkan di dalam lubang sebelum anak benih ditanam. Setelah anak pokok ditanam, tanah di sekeliling akar dipadatkan bagi mengelakkan udara daripada terperangkap.

Sungkupan disyorkan bagi menahan lembapan dengan lebih baik dan dapat mengawal rumpai. Teduhan diperlukan bagi mengelakkan anak pokok daripada melecuh akibat pancaran sinar matahari pada fasa awal pertumbuhan.

Amalan penanaman

Merumpai
Pengawalan rumpai paling penting dari masa anak pokok dipindahkan ke ladang sehinggalah berumur 3 atau 4 tahun. Semasa pokok membesar dan merimbun secara mendatar, rumpai yang tumbuh di bawahnya semakin berkurangan kerana kekurangan cahaya matahari. Semasa pertumbuhan awal pokok ini, rumpai dipangkal pokok perlu dikawal secara manual. Sungkupan juga disyorkan bagi mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekitar pangkal pokok dan juga memulihara lembapan. Sungkupan organik sangatlah baik kerana ia dapat mengayakan tanah di sekitar pokok. Rumpai antara baris boleh dikawal dengan menggunakan racun herba jenis sentuh atau dengan menanam tanaman penutup bumi.

Pencantasan
Latihan awal untuk mendapatkan struktur rangka pokok yang kuat bagi pokok rambutan amat penting bagi menggalakkan pertumbuhan cabang yang boleh berbuah dan menambah pengeluaran buah. Cantasan tahunan dilakukan bagi membuang sulur air, perosak dan penyakit yang menyerang pucuk dan cabang yang mati, juga cabang yang bersilang. Pencantasan juga membekalkan pengaliran udara yang baik dan penembusan cahaya matahari.

Pencantasan juga dilakukan semasa memetik buah bagi menggalakkan pertumbuhan dahan yang boleh berbuah untuk pengeluaran yang akan datang.

Pencantasan bahagian atas pokok mungkin diperlukan bagi memudahkan kerja-kerja memetik buah.

Pengairan
Pokok rambutan berakar cetek, 80% akarnya daripada sistem akar yang halus iaitu 15 cm dari permukaan tanah. Ini bermakna pokok rambutan amat sensitif terhadap tegasan air. Dengan itu, pengairan yang tetap amat perlu semasa pertumbuhan anak pokok. Pada musim kering pengairan diperlukan sebanyak 2 atau 3 kali seminggu. Apabila bunga mula keluar dan di sepanjang pembentukan buah air amatlah penting. Namun, pengairan perlu dihentikan beberapa minggu sebelum buah dipetik. Pokok yang tidak diberi pengairan iaitu kekurangan air boleh menyebabkan buah masak sebelum matang. Pada peringkat ini jika air dibekalkan buah akan terus membesar tetapi ia akan merekah/pecah. Pada waktu ini pengeluaran buah menurun dan buahnya menjadi kecil.

Selepas memetik, air yang banyak perlu dibekalkan bagi menggalakkan pertumbuhan pucuk baru tetapi bekalan air perlu dihentikan apabila pokok mula berbunga. Tegasan air yang tidak menyebabkan daun layu sebelum berbunga, akan menyebabkan pembungaan awal. Dalam keadaan ini buah boleh dipetik serentak tanpa menjejaskan pengeluaran hasil. Hujan yang lebat semasa berbunga boleh menyebabkan kemerosotan pembentukan putik.

Pembajaan

Baja
Pokok rambutan kehilangan nitrogen (N) dan kalium (K) daripada buah dan pucuk yang dituai. Oleh sebab pucuk dituai bersama-sama dengan buah, pembajaan selepas penuaian turut menggantikan baja yang hilang daripada pucuk tadi. Semasa pembentukan buah, N dan K lebih diperlukan berbanding dengan P. Pengairan perlu diberikan selepas pembajaan bagi meningkatkan pengambilan nutrien.

Pada buah rambutan turutan kehilangan nutrien adalah seperti berikut:

Nitrogen > kalium > kalsium > magnesium > fosforus (N>K>Ca>Mg>P). Bagi setiap 100 kg buah yang dituai dan 100 kg pucuk yang dibuang per hektar, sejumlah unsur makro berikut turut hilang:

Buah = N – 199 g, P – 26.8 g, K – 152 g, Ca – 72 g, Mg – 36.78 g

Pucuk = N – 256 g, P – 390 g, K – 240 g, Ca – 171 g, Mg – 32 g

Semasa penuaian, berat pucuk dan buah yang dituai lebih kurang 10% daripada berat keseluruhan buah yang dituai. Jumlah ini perlu digantikan dan juga jumlah nutrien yang diperlukan oleh akar, daun dan pertumbuhan pucuk/cabang.

5-10 kg bahan organik dicampur dengan 200 g CIRP (Christmas Island Rock Phosphate) dan dimasukkan ke dalam lubang penanaman sebelum anak pokok ditanam.

Baja NPK yang digunakan untuk pokok rambutan hendaklah bebas daripada klorida, kerana pokok rambutan amat sensitif terhadap ketoksikan klorida pada aras yang tinggi. Simptom ketoksikan klorida ditunjukkan apabila tepi dan hujung daun menjadi kekuning-kuningan dan mati, dan daun gugur sendiri.

Pokok rambutan perlu diberi baja yang lebih apabila dituai secara berlebihan pada tahun yang sama.

Mikronutrien
Zink, boron, ferum, mangan, kuprum, molibdenum – diperlukan dalam kuantiti yang sedikit. Kekurangan unsur ini biasanya dikesan sebagai simptom foliar dan boleh diatasi dengan penggunaan semburan foliar atau semburan ke tanah. Penggunaan semburan foliar perlu ditentukan masanya dengan kemunculan vegetatif baru kerana daya penyerapan semburan pada daun yang muda lebih baik.

Baja organik
Baja organik seperti baja tahi hanya boleh digunakan sebagai baja tambahan kerana kandungannya yang rendah di dalam unsur makro. Jumlah baja yang banyak diperlukan untuk menyamakan jumlahnya dengan baja bukan organik. Namun, baja organik boleh digunakan bagi meningkatkan struktur tanah dan keupayaan memegang air juga untuk kesuburan tanah.

Menentukan kekurangan nutrien
Kekurangan kalsium menjadi kebiasaan pada tanah berasid. Kekurangan kalsium juga boleh berlaku pada tanah yang mempunyai kandungan nitrogen atau fosforus yang tinggi.

Kalsium dan magnesium boleh digantikan dengan menggunakan dolomite yang mengandungi 15-22% Ca dan 8-20% Mg bergantung pada sumber. Gipsum dan batu kapur yang hanya membekalkan kalsium boleh digunakan bagi menggantikan kalsium yang hilang.

Amalan yang biasa dilakukan ialah mengapur tanah supaya tanah tersebut kurang berasid, dengan menggunakan dolomite, dolomite dan batu kapur, atau dolomite dan gipsum. Batu kapur sahaja amat berkesan dalam mengurangkan keasidan tetapi ia hanya membekalkan Ca sahaja, manakala dolomite membekalkan Mg dan Ca dan mengurangkan keasidan. Gipsum tidak mempunyai kesan terhadap keasidan tanah dan hanya digunakan untuk mengatasi masalah kekurangan Ca. Jumlah sebenar batu kapur atau dolomite yang digunakan bergantung pada jenis tanah, pH tanah dan sumber baja. Contohnya, bagi meningkatkan pH tanah dari <5 kepada 6 memerlukan batu kapur atau dolomite sehingga 5 tan/ha.

FERTILISER APPLICATION

Umur (tahun)

Jenis baja

Kadar
kg/pokok/tahun

Kekerapan/tahun

1

NPK 15: 15: 15

0.75

4

2

NPK 15: 15: 15

1

4

3

NPKMg 12: 12: 17: 2

1.5

4

4

NPKMg 12: 12: 17: 2

2

4

5

NPKMg 12: 12: 17: 2

2.5

4

>6

NPKMg 12: 12: 17: 2

4

3

Mengikut penemuan di Malaysia, pokok rambutan tidak banyak kehilangan nutriennya iaitu 15 kg N, 2 kg P, 11.7 kg K, 5.9 kg Ca dan 2.7 kg Mg per hektar bagi pengeluaran sebanyak 7300 kg/ha.

Pembungaan dan pembuahan

Di Malaysia, pokok rambutan berbunga dari Mac hingga Julai dan sekali lagi antara bulan Julai dan November, biasanya pada musim hujan selepas tempoh kering. Kebanyakan bunga (tidak semua) kembang di awal pagi. Sehingga 100 kuntum bunga mengembang pada setiap tangkai bunga betina semasa kemuncak berbunga. Pembentukan putik boleh mencapai 25%, tetapi keguguran pada aras yang tinggi menyebabkan aras pengeluaran semasa penuaian rendah (1-3%). Buah matang selepas 15-18 minggu berbunga.

Kedua-dua bunga betina dan bunga jantan agak wangi baunya dan mempunyai madu bunga pada pangkal ovari. Bunga betina mengeluarkan madu 2-3 kali lebih banyak daripada bunga jantan. Kepekatan gula madu berjulat antara 18% dan 48% dan sama antara jenis bunga. Bunga rambutan merupakan sumber madu yang penting bagi lebah di Malaysia.

Pendebungaan kacuk amat perlu kerana bunga betina yang berfungsi tidak mempunyai debunga. Seperti bunga laici, bunga rambutan bergantung pada serangga untuk pendebungaan. Bunga rambutan yang beraroma menarik minat serangga terutamanya lebah. Serangga yang kerap mendekati bunga rambutan termasuklah lebah, rama-rama dan lalat. Koloni Apis cerana (lebah madu) yang menyeri bunga rambutan dapat menghasilkan madu yang banyak. Lebah yang mencari madu biasanya menyentuh stigmata bunga betina dan dapat mengumpul debunga yang melekit daripada bunga jantan dalam kuantiti yang banyak. Walaupun bunga jantan kembang pada pukul 6 pagi, lebah madu hanya datang antara pukul 8 dan 10 pagi dan segera pergi selepas itu. Di Thailand A. cerana ialah spesies yang terpilih untuk pendebungaan di dusun rambutan secara kecil-kecilan .

Meletakkan koloni lebah madu di dusun rambutan amat penting dan merupakan syor yang praktikal bagi memastikan pendebungaan yang cukup dan pembuahan. Lebah ini sentiasa berada di dusun sepanjang masa berbunga. Walaupun tiada bilangan koloni yang khusus per unit rambutan yang boleh disyorkan, satu koloni yang kuat sepatutnya ada pada kadar minimum iaitu 1 koloni/ekar (0.4 ha).

Ringkasan proses pengeluaran rambutan

Tindakan

Apa tindakan diambil?

Bagaimana tindakan dilakukan?

Bila tindakan diambil?

Mengapa tindakan diambil?

Membaris dan membuat lubang

Membaris dan memacak pancang 10 m x 10 m; gali lubang 60 x 60 x 60 cm

Membaris secara manual, gali lubang menggunakan tangan atau mesin

   

Bahan tanaman

Cantuman mata tunas, anak pokok disediakan atau dibeli

 

2 bulan sebelum dipindahkan di ladang

 

Bahan tanaman

Baja asas (lihat bahagian penggunaan baja)

Secara manual

Sebelum anak benih dimasukkan ke dalam lubang

Betulkan pH tanah dan berikan nutrien pada tanah

Penggunaan baja

(lihat bahagian penggunaan baja)

Tanah dibaja dengan cara penggunaan foliar atau melalui saliran air

3-6 kali setahun bergantung pada umur pokok

Bagi memastikan pertumbuhan vegetatif dan pembiakan yang baik

Pengairan

Pengairan yang tetap semasa pertumbuhan anak pokok

Secara manual sama ada menggunakan hos atau baldi, perenjis/titis

2-3 kali seminggu semasa musim kering, selepas menuai, tetapi berhenti beberapa minggu sebelum menuai dan semasa mula berbunga

Bagi memastikan pertumbuhan vegetatif dan mengurangkan kehilangan hasil

Kawalan perosak dan penyakit

Pantau kehadiran perosak dan penyakit. Kawal sewajarnya

Memeriksa tanaman dengan tetap

Sebagaimana diperlukan

Bagi mengurangkan serangan perosak dan meningkatkan hasil

Kawalan rumpai

Merumpai di sekeliling pangkal pokok, sungkupan

Secara manual di sekeliling pangkal pokok, kawalan kimia antara baris

Dari penanaman hingga umur 3-4 tahun

Bagi memastikan anak pokok tumbuh dengan baik

Pendebungaan

Pelihara lebah madu bagi meningkatkan pendebungaan

Satu sarang per ekar (0.4 ha)

Semasa berbunga

Bunga rambutan didebungakan oleh lebah madu dan pendebungaan ini meningkatkan pembentukan putik

Pencantasan dan latihan

Latihan awal, membuang tunas air, ranting berpenyakit, cabang bersilang, cantas bahagian atas supaya pokok tidak terlalu tinggi

Memotong secara manual

 

Bagi membentuk struktur rangka yang kukuh, menggalakkan pengeluaran dahan yang boleh berbuah dan memudahkan penuaian

Penuaian

Buah dipetik menggunakan gunting pemotong bersama-sama tangkainya

 

15-18 minggu selepas berbunga

 

Tuai

clip_image012Penuaian hendaklah dijalankan pada awal pagi atau pada sebelah petang, apabila suhu rendah. Satu masalah utama penuaian rambutan ialah pada pokok yang sama dan pada tangkai yang sama buahnya tidak masak sekata. Dalam keadaan biasa, buah rambutan masak secara berterusan selama 30-50 hari. Dengan itu pada musim berbuah, tempoh tidak menuai selama 2-7 hari ialah perkara biasa. Buah tidak matang selepas dituai dan nilai rasanya juga tidak meningkat. Rambutan dituai masak selepas 15-17 minggu berputik. Peringkat mula berputik dikira apabila diameter buah bersaiz hampir 2 mm. Buah berubah warna daripada hijau kepada warna kuning atau merah apabila masak bergantung pada varieti.

Varieti

Warna

Kulit

Rambut

R-3

Merah

Merah, hujung hijau

R-134

Merah

Merah, hujung kuning-hijau

R-134

Kuning

Kuning dengan pangkal merah jambu

R-162

Merah kekuning-kuningan

Merah dengan hujung kuning-hijau

Buah rambutan untuk pasaran eksport mestilah segar, warna kemerah-merahan yang seragam, berat sekurang-kurangnya 30 g, ukuran diameter lebih kurang 1 inci, pejal dengan pepejal larut 18% dan bebas daripada serangan serangga, penyakit dan kecacatan. Isinya mestilah tebal dan tidak mempunyai rasa yang tak sedap disebabkan terlalu ranum atau fermentasi. Isi mestilah mudah dipisahkan dari biji yang kecil. Sebahagian kecil tangkai buah masih melekat pada buah.

Biasanya , keseluruhan tangkai buah di potong semasa menuai dengan menggunakan pisau dan masuk ke dalam bakul yang diikat pada galah yang panjang. Buah tidak boleh dibiarkan jatuh ke tanah. Jika buah dipetik sebiji sebiji, sebahagian daripada batangnya perlu ditinggalkan pada buah supaya kulitnya tidak rosak. Buah bertangkai dan buah individu dikumpul dan diletakkan di tempat teduh. Untuk pasaran domestik pembungkusan dilakukan di ladang. Daun dibuang, dan tangkai buah dipotong seragam. Buah diikat bergugus yang mengandungi 20, 50 atau 100 biji satu gugus. Buah yang diikat begini dinamakan jambak buah. Buah sebiji sebiji dinamakan buah tunggal. Pasaran domestik memerlukan buah yang diikat atau jambak buah. Buah ini perlu dikendali dengan berhati-hati bagi mengelakkan buah menjadi lebam dan tertindih, kekalkan dalam keadaan yang kering, sejuk dan pengudaraan yang cukup bagi melambatkan buah daripada rosak.

Buah diletakkan dalam bekas plastik yang mempunyai lubang udara. Bekas ini mestilah kukuh, berkapasiti 50 L, boleh disusun apabila diisi penuh dan apabila kosong ia boleh disusun dengan bahagian dasar bertemu dengan dasar bekas yang lain. Bekas yang kukuh ini melindungi buah daripada kecederaan semasa dikendali.

Pokok boleh dituai sekali gus atau dituai selang beberapa hari. Jika dituai sekali gus, semua buah dituai dalam satu masa. Dengan cara ini masa menuai dapat dikurangkan kerana tidak perlu memilih buah pada pokok yang sama pada penuaian selanjutnya. Memilih buah semasa menuai mengambil masa yang lama, tetapi buah yang dituai mestilah memenuhi syarat kematangan yang betul.

Pada amnya, ranting yang berbuah pada satu tahun akan mengeluarkan pucuk baru yang akan berbunga dan berbuah pada tahun berikutnya. Berbuah dua kali dalam setahun amat jarang pada pokok rambutan. Namun, hasilnya berbeza-beza dari setahun ke setahun. Sebatang pokok rambutan yang berumur 8 tahun boleh mengeluarkan hasil sebanyak 200 kg pada satu musim tetapi hanya 60 kg pada musim berikutnya.

Lepas tuai

Di ladang, buah yang dituai diisi ke dalam bekas plastik yang mempunyai lubang pengudaraan.

Buah rambutan untuk eksport diangkut ke rumah pembungkusan menggunakan kenderaan yang mempunyai bumbung dan pengudaraan yang baik. Bumbung melindungi buah daripada hujan dan sinaran matahari. Pengudaraan membenarkan pertukaran udara untuk menyejukkan buah. Jika buah tidak diberikan pengudaraan, haba daripada perpeluhan akan terkumpul dan ini memendekkan tempoh simpan. Air disemburkan ke buah bagi mengurangkan kehilangan air yang boleh menyebabkan rerambut mengerekot dan kualiti buah menurun. Rerambut buah akan cepat menjadi gelap/lebam dan ini menunjukkan bahawa buah sudah tidak segar lagi.

Apabila sampai di rumah pembungkusan rambutan dipilih, dibasuh, dibungkus, dilabel dan disimpan .

Buah yang dijangkiti kulapuk hitam, berpenyakit dan rosak dibuang. Kulapuk hitam muncul seperti tompok-tompok hitam pada kulit dan sukar dicuci. Buah yang mentah dan masih hijau dan buah yang lembik iaitu terlalu ranum juga dibuang. Apabila buah dituai sekali gus, buah yang tidak masak dan terlebih masak mungkin ada. Buah yang elok sahaja dibasuh.

Jika buah kotor, pembasuhan dilakukan dengan menggunakan air . Semut yang mungkin ada pada buah juga dibuang dengan membasuh. Selepas membasuh, buah dikeringkan di atas rak.

Rajah pengendalian lepas tuai

clip_image013

RAWATAN LEPAS TUAI

Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa buah yang ditutup rapat dan disimpan di dalam beg politena tanpa lubang pengudaraan mempunyai tempoh simpan lebih lama daripada yang disimpan tanpa ditutup rapat.

Atmosfera yang mengandungi 3-5% O 2 dan 7-12% CO 2 mengurangkan kadar pernafasan dan melambatkan kehilangan warna merah dan simptom ketuaan yang lain. Rambutan boleh disimpan sehingga 4 minggu di dalam atmosfera terkawal (berbanding dengan 2 minggu di udara).

Strategi pengawalan bagi mengawal penyakit lepas tuai termasuklah pengendalian yang berhati-hati bagi meminimumkan kerosakan fizikal, sanitasi yang betul, dan pengurusan suhu dan lembapan yang baik.

Hasil penyelidikan juga menunjukkan bahawa Trichoderma harzianum mempunyai kesan antagonistik terhadap dua jenis patogen lepas tuai rambutan: Glomerella cingulata dan Lasiodiplodia theobromae. Serangan penyakit lepas tuai ini telah berkurangan , manakala kualiti keseluruhan dan warna buah dikekalkan.

Rambutan merupakan perumah lalat buah dan rawatan seperti penyinaran (250 Gy) dan rawatan haba (sehingga 49 o C) berpotensi memusnahkan serangga yang penting dalam sekatan kuarantin di negara pengimport. Rawatan haba boleh menyebabkan kehilangan warna kulit dengan cepat.

Operasi rumah pembungkusan
Rumah pembungkusan boleh merupakan pondok yang mudah sama dengan pusat pengumpulan di ladang atau satu kompleks yang mempunyai kemudahan yang diperlukan. Satu siri langkah-langkah penyediaan perlu dilakukan terhadap buah rambutan sebelum pasaran berikutnya atau penyimpanan sementara. Operasi in termasuklah pemilihan, pembasuhan, penggredan dan pembungkusan.

clip_image014

Gambar 1. Rambutan di rumah pembungkusan

Pemilihan
Buah segar yang baru dipetik diasingkan mengikut keseragaman dari segi saiz, bentuk dan warna. Buah yang sangat lebam, yang nyahwarna, pecah dan yang busuk perlu dibuang. Buah yang berpenyakit juga dibuang bagi mengelakkan pencemaran.

Pembasuhan
Pembasuhan (Gambar 2) dilakukan bagi membuang kotoran, sisa racun kulat dan pada masa yang sama membekalkan kesan penyejukan kepada buah. Bagi mengurangkan kejadian buah busuk, klorin ditambah ke dalam air basuhan (100 bpj). Air basuhan ini hendaklah kerap ditukar bagi mengelakkan pencemaran.

clip_image015

Gambar 2. Pembasuhan bagi membuang kotoran dan bahan tercemar luaran yang lain

Pengeringan atau pembilasan
Proses pengeringan ialah proses membuang air yang berlebihan dari permukaan buah (Gambar 3). Buah rambutan boleh diletakkan di atas rak untuk dikeringkan. Elakkan pendedahan kepada penghembus secara langsung semasa proses pengeringan.

clip_image016

Gambar 3. Pengeringan bagi menghilangkan air yang berlebihan di permukaan buah

Penggredan

Kriteria bagi buah berkualiti: saiz, bentuk dan berat, kulit dan rerambut berwarna cerah, keseragaman, tiada kecacatan dan bebas daripada penyakit dan serangga.

Indeks kematangan hortikultur : Warna kulit dan rerambut merupakan indeks kematangan hortikultur yang utama. Buah yang kulitnya berwarna hijau dan rerambutnya merah kehijau-hijauan mempunyai rasa yang masam. Kulit dan rerambut buah berwarna merah atau kuning bergantung pada varieti. Antara dua peringkat ini, kandungan gula meningkat lebih kurang 20% dan aras asid separuh daripada peringkat buah yang masih hijau. Peringkat yang boleh diterima ialah 16-28 hari selepas perubahan warna. Pada waktu ini kulit dan rerambut berwarna cerah. Buah yang terlebih masak berair, mungkin disebabkan tisu pecah akibat ketuaan.

Gred, saiz dan pembungkusan : Draf Standard Codex Alimentarius memberi perincian tentang kod saiz untuk buah-buahan.

Spesifikasi saiz buah rambutan tunggal

Kod saiz

Berat per buah (g)

Bilangan buah per kg

1

>50

<20

2

40-50

20-25

3

32-39

26-31

4

26-31

32-38

5

<26

>38

Spesifikasi saiz buah rambutan seikat

Kod saiz

Bilangan buah per kg

1

≤28

2

29-34

3

≥35

Buah biasanya di jual 2.25 kg dan 4.5 kg satu kotak gentian. Kadang-kadang buah dibungkus dalam bekas.

Pembungkusan dan Penyimpanan

Pembungkusan
Jika ada kemudahan penyimpanan sejuk, buah perlu disejukkan dahulu pada suhu 13 o C sebelum dibungkus. Buah dikumpul atau dibiarkan sebiji sebiji selepas dikeringkan. Buah yang bertangkai diikat menjadi jambak buah. Setiap jambak buah mengandungi 20, 50 atau 100 biji buah atau berat yang ditetapkan. Tangkai buah yang panjang dipotong, supaya tangkai jambak buah yang dipotong nampak licin dan bersih.

Bagi penyediaan buah tunggal (sebiji sebiji) , tangkai buah dipotong pada aras ‘button' buah. Pemotongan pada aras ini ada kebaikannya iaitu buah tidak mudah diserang penyakit melalui lubang yang ditinggalkan oleh ‘button'.

Untuk tujuan eksport, buah sebiji sebiji ini dibungkus tidak berapa padat di dalam kotak kadbod berukuran 22 cm x 31 cm x 9 cm dalam barisan yang seragam dari segi saiz, warna dan kematangan. Buah disusun dalam kedudukan berbaring dalam dua lapisan. Berat bersih setiap kotak berjulat antara 2 kg dan 4 kg bergantung pada keperluan pengimport. Jenis pembungkusan sebegini sesuai untuk pengangkutan udara. Karton yang berat bersihnya 16 kg sesuai untuk pengangkutan laut.

Di pasaran domestik pengguna memilih buah rambutan yang diikat. Buah yang perlu dibungkus semula untuk pasaran runcit boleh diangkut menggunakan bakul buluh atau plastik. Rerambut buah rambutan bertindak sebagai kusyen semula jadi bagi mengawal isi daripada tercedera.

Pelabelan
Setiap karton untuk eksport dilabel dengan nama produk, pengeluar dan berat bersih.

Penyimpanan
Pada suhu bilik tropika rerambut dan kulit buah rambutan menjadi pusam dalam masa 3 hari selepas dipetik. Keadaan penyimpanan yang optimum bagi buah rambutan yang dililinkan atau tanpa lilin ialah 8-15 o C dengan kelembapan bandingan 90-95% bagi mencapai usia simpan 14-16 hari. Mungkin berlaku perubahan warna kulit dan rerambut selepas penyimpanan tetapi isinya tidak terjejas. Buah yang dililinkan dapat mengekalkan warna kulit yang cerah, manakala buah yang tidak berlilin nampak berwarna gelap selepas 2 minggu. Kehilangan berat buah berlilin dan tanpa lilin sangat kecil dan kurang daripada 1.5%. Jika buah disimpan lebih lama lagi pada suhu ini penyakit akan menyerang buah dengan mudah. Penyakit ditunjukkan sebagai tompok-tompok air pada kulit, yang kemudiannya menjadi warna perang. Pereputan ini merebak hingga ke isi buah.

Jika buah disimpan pada suhu 5 °C ia boleh bertahan sehingga 3 minggu, walaupun kulit dan rerambut akan menjadi hitam dan mengerekot tetapi isinya masih baik. Kulit menjadi semakin mengecut dan buah nampak semakin kecil dari segi saiz. Fenomena ini dinamakan kecederaan dingin dan ini merupakan gangguan fisiologi yang disebabkan penyimpanan pada suhu rendah.

Kerugian selepas tuai akibat serangan penyakit amat rendah, walaupun terdapat penyakit reput pangkal buah dan reput buah. Patogen yang dianggap amat serius ialah Glomerella cingulata dan Lasiodiplodia theobromae.

Pengangkutan dan penyimpanan
Pengangkutan udara tidak boleh melebihi 24 jam selepas penuaian dan seboleh-bolehnya yang mempunyai sistem pendinginan. Rambutan boleh disimpan selama 6 hari pada suhu 12 °C sebelum berlaku penyahwarnaan kulit. Pendedahan kepada suhu yang rendah atau tinggi mengakibatkan buah kehilangan kualiti dengan cepat. Penyahwarnaan kulit berlaku dalam masa 3 hari pada suhu bilik di kawasan tropika (26-30 °C). Kehilangan berat yang nyata juga berlaku semakin lama buah rambutan disimpan. Walaupun ia boleh dikurangkan dengan menyimpan pada suhu yang rendah dan membungkus buah dalam beg polietilena berlubang yang ditutup rapat (walaupun menyimpan pada suhu 7 °C atau kurang daripada 7 °C yang menyebabkan kecederaan dingin dan mengurangkan kualiti makan bagi buah).

Piawai tempatan dan antarabangsa

PENUAIAN – STANDARD TEMPATAN DAN ANTARABANGSA

Spesifikasi eksport FAMA

Varieti

Anak Sekolah, Deli, Gula Batu

Gred

A

Berat sebiji

40 – 45 g

Indeks

Merah

Suhu penyimpanan

10 ºC

Kelembapan relatif

90 – 95 %

Tempoh simpan

1 minggu

Kualiti

Buah bebas daripada kecacatan yang disebabkan oleh kecederaan mekanikal, kecederaan dingin, penyakit dan sebarang kotoran. Kulit licin, berkilat dan bersih

Pembungkusan

Kotak kartun : 310 mm x 290 mm x 70 mm
Bilangan/kartun : 45 – 50 biji
Berat bersih/kartun : 2 kg

(Sumber:FAMA)

pengeluaran

Pemprosesan rambutan

clip_image017Produk rambutan terproses termasuklah rambutan di dalam sirap, jem rambutan, rambutan kering dan rambutan sejuk beku.

Rambutan di dalam sirap
Rambutan boleh ditinkan di dalam sirap, rambutan sahaja atau dicampur dengan buah-buahan lain seperti nanas, nangka dan belimbing. Kepekatan sirap disesuaikan mengikut keperluan pasaran.

clip_image018

Gambar 1. Rambutan di dalam sirap

Jem rambutan
Jem rambutan diproses daripada isi rambutan. Ia disediakan dengan memasak isi rambutan sahaja atau dicampurkan dengan isi buah yang lain dalam keadaan segar atau separa terproses, dengan gula atau sorbitol, dengan atau tanpa pektin tambahan. Jem mesti mengandungi tidak kurang daripada 35% buah dan 65% jumlah pepejal larut. Ia boleh ditambah bahan pengawet yang dibenarkan, pewarna, perisa, dan perapi makanan. Bagi nilai ditambah jem rambutan dipek di dalam botol kecil yang menarik.

clip_image019

Gambar 2. Jem rambutan

Rambutan kering
Isi rambutan boleh dikeringkan. Bagi produk kering yang manis, isi rambutan direndam di dalam sirap. Kepekatan sirap ditambah berperingkat-peringkat sehingga kemanisan yang dikehendaki tercapai. Isi rambutan ini kemudiannya ditus dan dikeringkan.

clip_image020

Gambar 3. Rambutan kering

Rambutan sejuk beku
Rambutan boleh disejukbekukan tanpa dibuang kulit. Ia dicairkan sebelum dihidangkan. Buah rambutan beku boleh disimpan selama 6 bulan.

Produk lain yang berpotensi yang boleh diproses daripada rambutan ialah jeruk, gulungan buah, jeli konfeksi dan kordial buah-buahan campuran.

maklumat teknikal

Bahan mentah
Varieti buah rambutan yang sesuai untuk pemprosesan bergantung pada produk terproses. Jadual berikut menunjukkan varieti yang berbeza untuk pemprosesan produk rambutan.

Produk

Varieti / Tekstur

Rambutan di dalam sirap

R99 dan R136, masak, pejal dan tidak berair

Jem rambutan

Masak, tekstur isi lembut

Rambutan kering

R99, R136, R4. masak, pejal dan tidak berair

Rambutan sejuk beku

Masak, pejal

Kaedah pemprosesan:

  • Belah buah, buang biji secara manual
  • Pengering – mengeringkan buah untuk dijadikan buah dan halwa rambutan
  • ‘Pulper' – mengasingkan isi untuk dijadikan jem
  • ‘Seamer' – mengelim tin untuk rambutan dan koktel yang ditinkan.
  • ‘blast freezer' – untuk menyejukbekukan buah

Kaedah pemprosesan

Rambutan di dalam sirap
Isi rambutan yang masak digunakan. Rambutan boleh ditinkan di dalam sirap sahaja atau dicampur dengan buah-buahan lain seperti nanas, nangka atau belimbing. Buah ini diisi ke dalam tin terlebih dahulu sebelum dituangkan sirap dan dikedap. Kepekatan sirap disesuaikan mengikut kehendak pasaran. Rambutan biasanya ditinkan sebagai makanan berasid tinggi.

Jem rambutan
Rambutan yang masak dan bertekstur lembut menjadi pilihan untuk membuat jem. Jem mesti mengandungi 35% buah dan 65% jumlah pepejal larut.

Isi rambutan dilalukan melalui ‘pulper'. Kemudian isi rambutan dimasak bersama pektin, gula, asid dan bahan pengawet sehingga campuran mencapai 65-68 o Brix. Jem rambutan dibotolkan semasa masih panas.

Untuk jem ini isi rambutan sahaja boleh digunakan atau dicampur dengan buah segar atau buah separa proses yang lain.

Rambutan kering
Isi rambutan yang bertekstur pejal boleh dikeringkan.

Campur isi rambutan kering dengan gula. Panaskan campuran bagi menghilangkan lembapan sebelum dikeringkan. Bagi produk kering yang manis, rendam dan tenggelamkan isi rambutan di dalam sirap. Kepekatan sirap ditambah sebanyak 5 °Brix setiap hari sehingga kemanisan yang dikehendaki tercapai. Tuskan isi rambutan dan keringkan di dalam alat pengering pada suhu 45-50 °C sehingga kepingan isi tidak melekat antara satu sama lain. Carta alir pemprosesan rambutan kering ditunjukkan dalam Carta alir 1.

Cart alir 1. Pemprosesan rambutan kering dan manis

clip_image022

Rambutan sejuk beku
Rambutan yang masak dengan tekstur isi yang pejal boleh disejukbekukan. Buah dibekukan dengan bijinya sekali, dengan kaedah pembekuan kriogenik pada suhu -80 °C. Buah yang di sejuk beku ini dibungkus dan disimpan pada suhu -20 °C. Buah dicairkan sebelum dihidangkan. Buah yang beku boleh disimpan selama 6 bulan. Carta alir bagi pemprosesan buah rambutan beku ditunjukkan dalam carta alir 2.

Carta alir 2. Pemprosesan rambutan sejuk beku

clip_image024

informasi am

Permintaan tempatan untuk rambutan segar pada tahun 2003 dianggarkan sebanyak 46,637 tan metrik (tm) dan pengguna utamanya ialah isi rumah. Pasaran domestik bagi rambutan diunjurkan akan meningkat hanya 8.1% daripada 46,637 tm pada tahun 2003 kepada 50,401 tm pada tahun 2006. Peningkatan dalam penggunaan domestik diharap datangnya daripada pengguna isi rumah sebagaimana ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1 Unjuran permintaan domestik bagi rambutan segar (tm)

Kategori

2002

2003

2004

2005

2006

Isi rumah

45,391

46,573

47,785

49,024

50,302

Kilang

56

64

74

85

99

Institusi

-

-

-

-

-

Jumlah

45,447

46,637

47,859

49,109

50,401

(Sumber: FAMA)

Spesifikasi eksport FAMA

Varieti

Anak Sekolah, Deli, Gula Batu

Gred

A

Berat sebiji

40 – 45 g

Indeks

Merah

Suhu penyimpanan

10 ºC

Kelembapan relatif

90 – 95 %

Tempoh simpan

1 minggu

Kualiti

Buah bebas daripada kecacatan yang disebabkan oleh kecederaan mekanikal, kecederaan dingin, penyakit dan sebarang kotoran. Kulit licin, berkilat dan bersih

Pembungkusan

Kotak kartun : 310 mm x 290 mm x 70 mm
Bilangan/kartun : 45 – 50 biji
Berat bersih/kartun : 2 kg

(Sumber: FAMA)

destinasi pemasaran

Eksport
Dalam tempoh 2000 hingga 2003 nilai eksport buah rambutan segar berjulat antara RM4 juta hingga RM5 juta setahun. Singapura ialah destinasi eksport utama untuk buah rambutan segar Malaysia, iaitu 90% daripada nilai jumlah eksport dalam tahun 2003 seperti ditunjukkan dalam Jadual 2. Pasaran eksport utama yang lain bagi rambutan Malaysia ialah Belanda, Brunei, Hong Kong, dan Thailand seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.

Pasaran domestik
Buah rambutan segar di pasaran tempatan melalui outlet runcit berikut:

  • Jualan langsung kepada pengguna melalui Pasar Tani yang dikendali oleh FAMA
  • Jualan ke pasar borong
  • Jualan langsung ke pasar raya dan pasar raya besar
  • Jualan melalui ladang kontrak dan sistem pajak
  • Jualan langsung kepada peruncit
  • Jualan langsung kepada pengeksport
  • Jualan langsung kepada pengguna isi rumah

Jadual 1:Destinasi eksport utama bagi buah Rambutan segar

Negara

2000

2001

2002

2003

Kuantiti (mt)

Nilai (RM)

Kuantiti (mt)

Nilai (RM)

Kuantiti (mt)

Nilai (RM)

Kuantiti (mt)

Nilai (RM)

Singapura

3,251

4,428

3,544

4,540

3,595

3,968

2,974

3,526

Netherlands

11

631

17

75

19

143

20

98

Brunei

40

65

132

184

96

129

77

97

Hong Kong

11

46

46

132

10

47

18

61

Thailand

2

2

37

36

72

67

38

37

Lain-lain

54

166

14

46

21

73

133

107

Jumlah

3,369

4,769

3,790

5,012

3,813

4,427

3,260

3,926

Harga

National average price

Ex-Farm Prices (RM/kg)

MONTH

YEAR

1995

1996

1997

1998

1999

2000

2001

2002

Jan

0.38

0.45

0.44

0.50

0.58

0.50

0.50

0.48

Feb

0.37

0.45

0.43

0.51

0.57

0.51

0.48

0.50

Mar

0.37

0.45

0.44

0.54

0.56

0.52

0.48

0.49

Apr

0.40

0.45

0.45

0.53

0.53

0.51

0.47

0.46

May

0.45

0.40

0.44

0.53

0.51

0.54

0.47

0.47

Jun

0.42

0.40

0.48

0.55

0.50

0.51

0.48

0.46

Jul

0.43

0.43

0.46

0.55

0.51

0.53

0.49

0.47

Aug

0.45

0.45

0.47

0.56

0.52

0.52

0.51

0.49

Sep

0.42

0.48

0.48

0.58

0.49

0.52

0.48

0.47

Oct

0.43

0.53

0.49

0.58

0.49

0.52

0.48

0.45

Nov

0.45

0.49

0.47

0.52

0.52

0.48

0.57

0.47

Dec

0.45

0.43

0.49

0.54

0.49

0.45

0.51

0.51

Average

0.42

0.45

0.46

0.54

0.54

0.51

0.49

0.48

Source: FAMA

Wholesale Prices (RM/kg)

MONTH

YEAR

1995

1996

1997

1998

1999

2000

2001

2002

Jan

0.62

0.71

0.75

0.75

0.81

0.77

0.75

0.87

Feb

0.63

0.71

0.71

0.73

0.84

0.78

0.74

0.86

Mar

0.63

0.71

0.74

0.75

0.85

0.78

0.77

0.78

Apr

0.64

0.71

0.73

0.78

0.83

0.77

0.79

0.77

May

0.67

0.69

0.76

0.77

0.82

0.83

0.76

0.78

Jun

0.68

0.69

0.78

0.77

0.84

0.78

0.84

0.80

Jul

0.66

0.70

0.70

0.80

0.85

0.78

0.79

0.83

Aug

0.68

0.73

0.71

0.85

0.82

0.79

0.86

0.83

Sep

0.67

0.73

0.72

0.89

0.79

0.78

0.82

0.79

Oct

0.66

0.74

0.74

0.89

0.83

0.77

0.82

0.80

Nov

0.69

0.74

0.75

0.81

0.81

0.75

0.87

0.82

Dec

0.70

0.72

0.73

0.78

0.75

0.75

0.82

0.83

Average

0.66

0.72

0.74

0.80

0.82

0.78

0.80

0.81

Source: FAMA

Retail Prices (RM/kg)

MONTH

YEAR

1995

1996

1997

1998

1999

2000

2001

2002

Jan

1.01

1.52

1.08

1.14

1.20

1.17

1.13

1.23

Feb

0.99

1.04

1.03

1.11

1.21

1.19

1.15

1.24

Mar

0.99

1.07

1.10

1.10

1.22

1.19

1.22

1.19

Apr

0.98

1.08

1.11

1.14

1.21

1.17

1.17

1.17

May

0.99

1.03

1.11

1.12

1.20

1.19

1.14

1.16

Jun

0.99

1.05

1.12

1.13

1.19

1.20

1.63

1.19

Jul

1.02

1.08

1.09

1.18

1.21

1.23

1.14

1.21

Aug

1.01

1.05

1.19

1.27

1.21

1.85

1.24

1.22

Sep

1.00

1.06

1.13

1.33

1.20

1.20

1.21

1.19

Oct

0.99

1.05

1.14

1.28

1.91

1.89

1.20

1.19

Nov

1.01

1.06

1.13

1.20

1.20

1.66

1.77

1.19

Dec

1.01

1.06

1.10

1.16

1.14

1.14

1.23

1.22

Average

1.00

1.10

1.11

1.18

1.26

1.34

1.27

1.20

Source: FAMA

Averages Prices By Locality

Ex-Farm Prices (RM/mt)

Year

Alor Setar

Pulau Pinang

Ipoh

Kelang

Seremban

Melaka

Johor Bahru

Kuantan

Kuala Terengganu

Kota Bharu

1992

50.08

28.86

18.18

38.34

29.18

29.84

32.77

30.73

25.49

43.66

1993

36.30

36.50

23.57

33.21

30.03

32.47

34.18

31.75

27.90

40.03

1994

41.66

46.90

25.00

-

39.20

31.31

36.21

37.74

32.70

-

1995

-

-

25.04

37.76

44.46

34.69

53.46

43.24

39.96

-

1996

-

-

25.00

45.00

41.00

41.00

66.00

41.00

45.00

56.00

1997

55.00

-

26.00

42.00

55.00

-

52.00

25.00

45.00

55.00

1998

71.00

-

40.00

45.00

70.00

-

59.00

37.00

47.00

70.00

1999

70.00

44.00

41.00

54.00

37.00

-

48.00

51.00

51.00

-

2000

70.00

43.00

40.00

58.00

39.00

48.00

46.00

44.00

44.00

-

2001

-

-

38.00

40.00

-

49.00

42.00

48.00

40.00

53.00

Source: FAMA

Wholesale Prices (RM/mt)

Year

Alor Setar

Pulau Pinang

Ipoh

Kuala Lumpur

Seremban

Melaka

Johor Bahru

Kuantan

Kuala Terengganu

Kota Bharu

1992

64.97

43.86

53.16

59.93

46.68

48.68

53.45

55.06

40.64

51.33

1993

59.46

48.17

64.56

61.64

41.18

48.23

56.64

63.76

49.19

55.46

1994

66.58

65.66

64.62

46.32

49.24

46.54

56.68

56.09

63.65

60.92

1995

80.83

61.55

65.00

74.10

62.18

53.06

79.54

55.54

70.77

68.76

1996

86.00

69.00

65.00

84.00

59.00

61.00

97.00

60.00

73.00

65.00

1997

77.00

75.00

65.00

75.00

83.00

68.00

79.00

48.00

85.00

61.00

1998

101.00

88.00

65.00

88.00

65.00

68.00

90.00

73.00

79.00

74.00

1999

100.00

81.00

62.00

82.00

73.00

61.00

81.00

84.00

84.00

79.00

2000

100.00

50.00

62.00

70.00

72.00

67.00

82.00

75.00

76.00

64.00

2001

70.00

63.00

65.00

71.00

105.00

72.00

78.00

89.00

70.00

65.00

Source: FAMA

Retail Prices (RM/kg)

Year

Alor Setar

Pulau Pinang

Ipoh

Kuala Lumpur

Seremban

Melaka

Johor Bahru

Kuantan

Kuala Terengganu

Kota Baru

1992

0.97

0.81

0.78

1.02

1.00

0.84

0.94

0.82

0.69

0.86

1993

0.91

0.80

0.83

0.92

1.00

0.82

1.02

1.08

0.75

0.93

1994

0.88

0.98

0.85

0.77

1.00

0.82

1.03

0.99

0.97

1.00

1995

1.22

1.47

1.12

1.50

1.11

1.10

1.53

2.27

1.09

1.22

1996

1.61

1.17

1.45

1.12

1.46

0.98

1.37

1.13

1.13

1.69

1997

1.22

1.20

0.95

1.06

1.17

0.92

1.45

1.07

1.23

0.99

1998

1.48

1.32

0.91

1.15

1.20

0.92

1.52

1.16

1.11

1.12

1999

1.44

1.29

0.86

1.13

1.96

0.95

1.46

1.27

1.19

1.08

2000

1.50

1.04

0.85

1.16

1.13

0.95

1.50

1.21

1.31

1.00

2001

1.11

1.75

0.85

1.03

1.44

1.03

1.39

1.27

1.13

1.05

Source: FAMA

Analisis kewangan

“ALIRAN KEWANGAN BUAH”

Contoh “Aliran Kewangan Buah” telah disediakan dengan menggunakan “Microsoft Excel Spreadsheet”. Maka pengguna harus mempunyai perisisan Microsoft Excel didalam komputer supaya dapat mengguna contoh yang disediakan.

Contoh “Aliran Kewangan Buah” disediakan untuk membantu pengguna membuat analisis “KEMUNGKINAN KEWANGAN (FINANCIAL VIABILITY)” secara mudah bagi sesuatu projek buah-buahan dengan mengubah maklumat tertentu di dalam contoh yang disediakan.

Cara Penggunaan Contoh “Aliran Kewangan Buah”

Terdapat dua pilihan berikut untuk penggunaan contoh “Aliran Kewangan Buah”:

  • Gunakan contoh secara “online” dan simpan hasil analisis di dalam komputer pengguna atau dalam disket.
  • Muat turunkan contoh dan simpan dalam komputer pengguna atau disket, kemudian lakukan analisis dan simpan hasilnya.

Contoh “Aliran Kewangan Buah” terdiri dari 2 bahagian:

  • Bahagian Utama “Aliran Kewangan”
  • Bahagian Maklumat / data “Aliran Kewangan” yang terletak di bawah Bahagian Utama (sila pergi ke bawah Bahagian Utama untuk melihat Bahagian Maklumat)

Bahagian Utama “Aliran Kewangan Buah” mengandungi berbagai “formulae” didalam sel-sel tertentu.. JANGAN UBAH ATAU PINDA ‘FORMULAE” atau “DATA” YANG TELAH DISEDIAKAN DALAM SETIAP SEL KECUALI SEL UNTUK KELUASAN LADANG.

Bahagian Maklumat / data mengundungi maklumat / data yang bolih diubahsuai oleh pengguna mengikut maklumat atau data dan penggalaman masing-masing.

Langkah langkah Penggunaan Contoh “Aliran Kewangan Buah”

A. Bahagian Utama Contoh “Aliran Kewangan Buah”

Mengubah Luasan Ladang

Analisis “Kemungkinan Kewangan” yang disediakan dalam contoh adalah berdasarkan kepada keluasan ladang satu (1) hektar. Untuk memperolehi analisis bagi keluasan ladang yang berbeza-beza, pengguna boleh mengubah angka “1” dengan keluasan ladang yang dikehendaki dan seterusnya mendapat analisis kewangan baru berdasarkan keluasan ladang baru yang telah diisikan oleh pengguna.

B. Bahagian Maklumat / Data

Bahagian ini disediakan supaya pengguna boleh memakai maklumat / data kepunyaan sendiri. Dengan mengganti maklumat / data yang sediakan dengan maklumat / data baru satu penganalisan baru akan dipaparkan di Bahagian Utama Aliran Kewangan mengikut data pengguna.

Semua data yang sediaada pada Bahagian Maklumat / data boleh diggantikan dengan yang baru..

Semua data baru harus berdasar kepada satu (1) hektar keluasan.

Contoh:

Dengan mengubah angka hasil (Yield) dan harga (Prices) akan memberikan analisis yang baru .

Setelah memasukkan data yang baru, sila ke atas (Bahagian Utama) untuk melihat hasil analisis baru.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar